Wednesday, August 27, 2008

Sekadar Renungan

Aku bukanlah sesiapa dari kalangan orang-orang ternama dan glamour. Aku bukan menteri, aku bukan wakil rakyat, aku bukan artis, aku bukan ahli sukan dan seperti yang kubilang tadi, aku bukan sesiapa. Melainkan aku seorang rakyat Malaysia biasa, berbangsa Melayu, beragama Islam dan tinggal di ceruk pedalaman sebuah desa yang letaknya di Selatan tanah air.

Sedikit masa dahulu, aku amat berbangga kerana lahir dan dibesarkan disebuah negara yang aman makmur penuh merdeka. Negara yang kaya dengan pelbagai hasil bumi, negara yang penuh dengan keindahan alam semulajadi dan negara yang memiliki rakyat yg sejahtera dan harmoni. Kini... aku masih berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia cuma aku sudah hilang bangga dengan cara rakyat Malaysia melaksanakan demokrasi.....

Demokrasi yang dilaung-laungkan penuh dengan tipu muslihat. Pengamalnya pula penuh dengan sifat buruk mengeji dan mencaci sesama bangsa sendiri. Pengikutnya penuh jijik dengan amalan kekerasan dan keganasan di sana sini. Masing-masing menyuburkan perasaan mementingkan diri sendiri. Tindak tanduk dan perlakuan langsung tidak mengambil peduli tentang sensitiviti. Apakah ini demokrasi? Tanya hati tanyalah diri. Beginikah generasi yang ingin kita miliki.

Wahai pentadbir kerajaan.... perbaikilah diri, perhalusi langkah kaki. Sesungguhnya tanggungjawabmu berat sekali. Jangan lalai dan mudah bersenang hati. Tapi rakyatmu terus meratapi penderitaan diri sendiri.

Wahai pembangkang sekalian.... berubahlah kepada cara yang berhemah. Ia bukan menunjukkan dirimu lemah. Tapi lebih tegap dan gagah. Kekerasan dan keganasan haruslah dicegah. Kerana ia perlakuan yang harus disanggah. Caci dan maki haruslah ditegah. Itu tidak mengikut sunah.. Didiklah pengikutmu menjadi warga berhemah.

Buat umat Melayu sekalian... Sedarlah. Retak kini semakin menanti belah. jangan nanti dah terantuk baru terngadah. Masa tu nanti penyesalan ntah ke sudah. Ingatlah... Wallahualam.

No comments: